Grand_Prix_Itali_2007
Grand_Prix_Itali_2007

Grand_Prix_Itali_2007

Grand Prix Itali 2007 (nama rasmi: LXXVIII Gran Premio Santander d'Italia) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan dari 7 hingga 9 September di Autodromo Nazionale Monza, Itali. Perlumbaan ini, yang dipertandingkan sebanyak 53 pusingan ini dimenangi oleh Fernando Alonso, dari pasukan McLaren, selepas bermula dari petak pertama. Rakan sepasukan Alonso, Lewis Hamilton, mendapat tempat kedua manakala Kimi Räikkönen mendapat tempat ketiga.Ini merupakan kemenangan kelapan McLaren di Monza dan keempat bagi Mercedes, manakala Alonso merupakan pemandu Sepanyol yang pertama untuk memenangi Grand Prix Itali. Ini juga merupakan kemenangan terakhir Alonso untuk McLaren, dan merupakan keputusan 1-2 yang terakhir bagi McLaren sehinggalah Grand Prix China 2010.