Griffin
Griffin

Griffin

Griffin, Griffon, atau Gryphon (Greek: γρύφων, grýphōn, atau γρύπων, grýpōn) ialah makhluk legenda dengan badan seekor singa dan kepala serta sepasang sayap berupa helang. Griffin dilambangkan sebagai ketua, pemerintah atau raja disebabkan ciri-ciri fizikalnya yang terdiri daripada singa dan helang. Secara tradisionalnya, singa dianggap raja kepada binatang rimba manakala helang ialah raja kepada burung. Hasil gabungan ini, grifin telah difikirkan layak menjadi makhluk berkuasa dan hebat yang utama. Griffin biasanya diketahui menjaga harta karun dan mampu menilai harta milikan seseorang yang berharga.[1] Mengikut beberapa tradisi mengatakan bahawa hanya griffin betina sahaja yang mempunyai kepak. Beberapa penulis juga menghuraikan ekor griffin seperti ular dan mempunyai telinga iaitu telinga singa. Griffin dipercayai dengan kemampuannya untuk terbang dengan kelajuan yang tidak terbatas. Griffin juga berkebolehan untuk menjulang tinggi di langit dan mampu melihat dengan tajam umpama helang. Juga dikatakan, sekali seseorang itu berjumpa dengan griffin dengan tujuan yang tidak baik, pasti tidak akan dapat lari dengan tipu muslihatnya.