Gruppenführer
Gruppenführer

Gruppenführer

Gruppenführer (secara harfiah "pemimpin kumpulan") ialah sejenis pangkat awal separa tentera bagi Parti Nazi, mula-mula diwujudkan pada tahun 1925 sebagai satu pangkat kanan SA.[1] Istilah "Gruppenführer" juga digunakan untuk para pemimpin kumpulan/pasukan polis, jabatan bomba, dan beberapa pertubuhan lain.Pada tahun 1930, Gruppenführer menjadi satu pangkat SS dan asalnya telah dikurniakan kepada pegawai-pegawai yang memerintah SS-Gruppen dan juga kepada pegawai kanan staf pemerintahan SS. Pada tahun 1932, SS telah disusun semula dan SS-Gruppen telah dibentuk semula sebagai SS-Abschnitte. Seorang Gruppenführer memerintah sebuah SS-Abschnitt manakala pangkat baru, iaitu Obergruppenführer, menyelia SS-Oberabschnitte yang merupakan unit SS terbesar di Jerman.[2]Pada mulanya dalam SA, NSKK, dan SS, pangkat Gruppenführer telah dianggap setaraf dengan Jeneral penuh, tetapi kemudian dipandang sebagai setaraf dengan Generalleutnant (Mejar Jeneral) selepas tahun 1934. Semasa Perang Dunia II, apabila Waffen-SS mula menggunakan pangkat itu, SS-Gruppenführer telah dianggap sama dengan Generalleutnant dalam Wehrmacht dan telah dirujuk sebagai SS-Gruppenführer und Generalleutnant der Waffen-SS. Waffen-SS Gruppenführer juga dipaparkan di lencana bahu Generalleutnant Wehrmacht.[3]Insignia bagi SS-Gruppenführer mengandungi tiga daun oak berpusat di kedua-dua kolar pakaian seragam SS. Dari tahun 1930 hingga 1942, insignia SS adalah serupa dengan lencana pangkat SA; namun SS mengubahsuai sedikit insignia Gruppenführer dengan memasukkan satu paku kolar (stern, bintang), selepas pengzahiran pangkat SS-Oberst-Gruppenführer pada April 1942.[4]Didalam SA, Gruppenführer lazimnya mengepalai sejumlah rejimen (dikenali sebagai Standarten) yang telah dibentuk kedalam SA-Gruppen.[1] Pangkat Gruppenführer juga digunakan dalam beberapa kumpulan separa tentera Nazi yang lain, antaranya ialah Kor Motor Sosialis Nasional (NSKK) dan Kor Penerbang Sosialis Nasional (NSFK). Pada Oktober 1944, pangkat Gruppenführer telah diguna pakai oleh Volkssturm sebagai pegawai tanpa tauliah peringkat rendah yang diberi tugas memimpin formasi bersaiz skuad (Gruppe) askar-askar Volkssturm. Istilah itu juga satu istilah generik untuk penugasan seorang pemimpin skuad infantri (9 atau 10 anggota – Gruppe) dalam Tentera Darat Jerman, Waffen-SS, atau askar darat Luftwaffe.