Ekonomi Guinea

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Guinea

Guinea mempunyai sumber-sumber galian, hidrokuasa, dan pertanian yang utama, tetapi masih merupakan sebuah negara belum membangun. Negara ini memiliki melebihi 30% daripada simpanan bauksit di dunia dan merupakan pengeluar bauksit yang kedua terbesar di dunia. Sektor pelombongan merupakan kira-kira 75% daripada eksportnya pada tahun 1999.

Pemajuan-pemajuan jangka panjang dalam penyusunan fiskal kerajaan, kenal huruf, serta rangka undang-undang diperlukan jika negara ini hendak keluar daripada kemiskinan. Pertempuran di sepanjang sempadan Sierra Leone dan Liberia serta pergerakan pelarian telah mengakibatkan gangguan ekonomi yang utama, dan memburukkan lagi keyakinan pelabur, dengan syarikat-syarikat pelombongan asing mengurangkan kakitangan ekspatriatnya. Pembelian cemas telah mengakibatkan kekurangan makanan dan inflasi, serta juga rusuhan-rusuhan di pasar-pasar tempatan.

Guinea tidak menerima sebarang bantuan berbilang hala. IMF dan Bank Dunia menghentikan kebanyakan bantuannya pada tahun 2003. Pertumbuhan naik sedikit pada tahun 2004, disebabkan sebahagian besar oleh permintaan sejagat dan harga-harga komoditi di pasaran-pasaran dunia. Sukarelawan-sukarelawan Pasukan Khidmat Bakti Amerika Syarikat terus bergiat di dalam negara miskin ini.

Pada September 2006, kerajaan Guinea memeterai sebuah kontrak kongsi pengeluaran (PSC) dengan sebuah syarikat cari gali Amerika Syarikat untuk menjelajah sumber-sumber petroleum luar pesisir. Penjelajahan selanjutnya terhadap ekaran penjelajahan dara masih dalam peringkat-peringkat perancangan yang amat awal. Tidak adanya sebarang kegiatan penjelajahan dilakukan sejak lewat tahun 2003.

Pada November 2006, Transparency Internasional, sebuah NGO Jerman, menempatkan Guinea sebagai negara yang dianggap paling korup di Afrika, serta salah satu negara yang paling korup di dunia, selepas Myanmar, Iraq dan Haiti. Di dalam sebuah persidangan mencegah rasuah di Guatemala, Réné Alsény Gomez, Menteri Kehakiman Guinea, mengisytiharkan bahawa Guinea telah mengambil tindakan kehakiman terhadap penyalahgunaan wang awam. Beliau juga memberitahu bahawa Fodé Soumah, bekas gabenor Bank Negara Guinea, telah didakwa atas tuduhan-tuduhan rasuah pada 16 November 2006. Huguette Labelle, presiden Transparency Internasional, memberikan tepukan kepada langkah-langkah ini.