Geografi Guinea

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Guinea

Dengan 94,919 batu persegi (245,857 km²), Guinea adalah lebih kurang sama saiznya dengan United Kingdom, dan kecil sedikit daripada negeri Michigan atau Oregon di Amerika Syarikat. Guinea mempunyai 200 batu (320 km) garis pinggir laut, dan 2,112 batu (3,399 km) sempadan darat. Negara-negara yang menyempadani Guinea termasuk Côte d'Ivoire (Pantai Ivory), Guinea-Bissau, Liberia, Mali, Senegal, dan Sierra Leone. Guinea dibahagikan kepada tiga kawasan utama:

  • tanah pamah pada sepanjang pantai di timur;
  • gunung-ganang yang terbentang lebih kurang pada arah utara-selatan di sepanjang negara; dan
  • kawasan-kawasan hutan di selatan dan timur.

Gunung-ganang Guinea merupakan sumber untuk sungai-sungai Niger, Gambia, dan Senegal, serta banyak sungai yang mengalir ke laut di sebelah barat banjaran di Sierra Leone dan Pantai Ivory.

Titik tertinggi di Guinea ialah Mont Nimba pada 5,748 kaki (1,752 meter) tingginya. Walaupun bahagian-bahagian Nimba Massif di Guinea dan Pantai Ivory merupakan Simpanan Semula Jadi Tegas UNESCO, bahagian yang kononnya dipanggil Tulang Belakang Guinea terbentang masuk ke Liberia yang telah menjalankan pelombongan buat berdekad-dekad; kerosakan yang diakibatkan boleh dinampak di Bumi Google di 7.32.17 U dan 8.29.50 B.