Gunung berapi ialah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak
Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan
penyemperitan batu yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.Gunung berapi biasanya terdapat di mana
plat tektonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, seperti
Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), ialah contoh plak tetonik berpisah;
Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (dikenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di
Lembah rengkahan Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi
Eifelnya, lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan
Rengkahan Rio Grande di Amerika Utara. Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti
kepulauan Hawaii. Menariknya, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di
sistem suria, terutamanya pada
bulan dan planet berbatu.