Gunung_Janing


Gunung Janing berketinggian 2150 kaki dari paras laut dan Gunung ini terletak dalam kawasan Taman Negara Endau-Rompin Johor. Untuk mendaki gunung ini perlu mendapatkan permit masuk daripada Pejabat Perbadanan Taman Negara Endau -Rompin di Pekan Kahang. Segala bayaran termasuk permit mendaki boleh di buat di situ. Seterusnya jalan masuk ke Taman Negara Endau-Rompin (TNER) sejauh 60 km dari pekan Kahang. Jalan masuk keseluruhannya adalah off-road, dan perlu menaiki pacuan 4 roda.Taman Negara menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut untuk pengunjung, dengan kadar bayaran yang tertentu.Setelah masuk ke TNER pengunjung atau pendaki akan dibawa terus ke Komplek Pelawat TNER untuk tujuan pendaftaran dan mendapatkan pemandu arah. Di TNER ialah tidak dibenarkan masuk ke mana-mana tanpa khidmat pemandu arah. Komplek Pelawat TNER sebenarnya terletak betul-betul di bawah kaki Gunung Janing

Gunung_Janing

Lokasi Johor, Malaysia
Ketinggian 655 m (2,149 ka)