Gwageo

Gwageo (atau kwago) merupakan sejenis peperiksaan awam yang dijalankan ketika zaman-zaman dinasti Goryeo dan Joseon di Korea. Peperiksaan ini menguji kebolehan mengarang tulisan - sama dari sastera sehingga karangan mengenai pengurusan negara - serta pengetahuan sastera klasik Cina. Subjek teknikal turut diberikan bagi memilih mereka yang pakar dalam bidang-bidang tertentu seperti perubatan, perundangan dan sebagainya. Kesemua ini merupakan jalan utama kebanyakan rakyat untuk memasuki birokrasi kerajaan.Peperiksaan ini dihapuskan dalam Pembaharuan Gabo yang berlaku tahun 1894.[1] Walau bagaimanapun, semangat yang dibawa dalam pencapaian masyrakat sebegini masih diteruskan melalui peperiksaan tertentu untuk memasuki universiti dan melayakkan kakitangan pemerintah di Korea Selatan.

Gwageo

Hanja 科擧
Hangul 과거
McCune–Reischauer kwagŏ
Perumian Semakan gwageo