Gyeongju
Gyeongju

Gyeongju

Gyeongju (Sebutan Korea: [kjəːŋdʑu]) merupakan sebuah bandar raya yang terletak di tenggara wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan.[1][2] Ia adalah bandar raya kedua terbesar dalam wilayah selepas Andong dengan keluasan 1,324 km2 (511 bt persegi) dan jumlah penduduk seramai 269,343 orang menurut bancian tahun 2008.[1][3] Gyeongju berada 370 km (230 batu) dari bahagian tenggara Seoul dan 55 km (34 batu) dari timur Daegu.[4][5] Bandar raya ini bersempadan dengan Cheongdo dan Yeongcheon di barat, Ulsan di selatan, Pohang di utara dan bahagian timurnya pula adalah Laut Jepun (Laut Timur).[1]

Gyeongju

Nama Hangul 경주시
Koordinat 35°51′22″N 129°13′30″E / 35.85611°N 129.22500°E / 35.85611; 129.22500Koordinat: 35°51′22″N 129°13′30″E / 35.85611°N 129.22500°E / 35.85611; 129.22500
Nama Perumian Semakan Gyeongju-si
Populasi (2008) 269,343
Kepadatan 212/km2 (550/bt persegi)
Loghat Gyeongsang
Kawasan Yeongnam
Nama McCune-Reischauer Kyŏngju-si
Negara  Korea Selatan
Nama Hanja
Subpembahagian 11 kejiranan, 4 bandar, 8 perbandaran
Nama lain Gyeongju (경주, 慶州)
Luas 1,324.39 km2 (511.35 bt persegi)