Sejarah H&D

Pra-debut

Sebelum debut sebagai duo, kedua-dua ahli telah mengambil bahagian sebagai peserta dalam beberapa pertunjukan. Hangyul sebelum ini melakukan debut sebagai ahli kumpulan Yama dan ahli kumpulan balada Hotchicks Entertainment IM[1] dan pada tahun 2017 dan 2018, bertanding dalam rancangan The Unit bersama ahlinya.[2] Kumpulan ini dianggap bubar kerana mereka tidak aktif sejak itu. Dohyon sebelumnya pernah bertanding dalam rancangan Under Nineteen pada tahun 2018 dan 2019.[3]

Kemudian pada tahun 2019, kedua-keduanya Hangyul dan Dohyon bertanding dalam Produce X 101, mewakili MBK Entertainment, bersama rakan pelatih MBK Kim Yeongsang. Pada episod terakhir rancangan, Hangyul berada di tempat ketujuh manakala Dohyon berada di tempat 8 menjadikan mereka sebahagian daripada barisan untuk debut sebagai ahli kumpulan X1.[4]. Mereka menpromosikan bersama kumpulan tersebut sehingga kumpulan itu dibubarkan pada 6 Januari 2020.[5]

Selepas pembubaran X1, kedua-duanya mengadakan pertemuan peminat bertajuk "Happy Day" pada 2 Februari 2020.[6]

2020: Debut dengan Soulmate dan Umbrella

Pada 21 April 2020, duo ini debut dengan album mini pertama mereka Soulmate dengan dua trek utama, "Soul" dan "Goodnight", yang kedua-duanya mereka menpesembahkan selama tempoh promosi mereka.[7]

Merek comeback pada 23 September dengan album khas Umbrella, bersama dengan single utama dengan nama yang sama. Album ini merangkumi lagu-lagu yang digubah oleh Dohyon.[8] Album ini akan menjadi yang terakhir sebelum bubar kerana kedua-duanya Hangyul dan Dohyon akan debut dalam kumpulan lelaki baru Pocketdol Studio.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: H&D http://www.imbc.com/broad/tv/ent/under19/member/32... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/chart/albu... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/chart/albu... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/chart/albu... http://swingent.co.kr/default/x1/x1_main.php https://www.billboard.com/articles/news/internatio... https://www.melon.com/album/detail.htm?albumId=100...