Umum HDMI

HDMI menyokong mana-mana format video TV atau PC, termasuk video standard, dipertingkat, atau definisi tinggi, serta audio digital pelbagai saluran pada sebatang kabel tunggal. HDMI tidak bergantung kepada mana-mana piawaian DTV seperti ATSC, dan DVB (-T,-S,-C), kerana piawaian-piawaian ini merupakan pengkapsulan strim-strim data filem MPEG yang dihantar ke dekoder, lalu dioutputkan sebagai data video yang tidak dimampatkan dalam HDMI. HDMI mengekodkan data video ke dalam TMDS untuk pemancaran secara digital melalui HDMI.

Peranti-peranti berkenaan dibuat agar mematuhi pelbagai versi spesifikasi, yang mana setiap versi diberi nombor seperti 1.0 atau 1.3. Setiap versi spesifikasi yang berikutnya menggunakan kabel-kabel yang sama, tetapi meningkatkan daya pemprosesan dan/atau keupayaan pemancaran melalui kabel. Contohnya, dahulunya, kadar jam piksel maksimum antaramuka ialah 165 MHz, iaitu cukup untuk menyokong 1080p pada 60 Hz atau WUXGA (1920x1200), tetapi HDMI 1.3 meningkatkan kadar itu kepada 340 MHz, maka menyediakan sokongan untuk WQXGA (2560x1600) dan selebihnya merentasi satu pautan digital tunggal. See also: Versi-versi HDMI.

HDMI juga merangkumi sokongan untuk audio digital tidak dimampatkan lapan saluran pada kadar sampel 192 kHz dengan 24 bits/sampel serta mana-mana strim yang dimampatkan seperti Dolby Digital, atau DTS. HDMI menampung sehingga 8 saluran audio satu bit, seperti yang digunakan pada Super Audio CD pada kadar sehingga 4x. Dengan versi 1.3, HDMI kini juga menampung strim dimampatkan lossless seperti Dolby TrueHD dan DTS-HD Master Audio.

HDMI serasi ke belakang dengan Antara Muka Visual Digital berpautan tunggal yang membawa video digital (DVI-D atau DVI-I, bukan DVI-A) yang digunakan pada monitor dan kad grafik terkini. Ini bermakna sumber DVI-D boleh memacu monitor HDMI, atau sebaliknya, melalui alat suai atau kabel yanf sesuai, tetapi ciri-ciri audio dan kawalan jauh HDMI tidak disediakan. Tambahan pula, tanpa sokongan untuk Perlindungan Kandungan Digital Lebar Jalur Tinggi (Bahasa Inggeris: High-bandwidth Digital Content Protection, HDCP) pada paparan, sumber isyarat boleh menghalang pengguna akhir dari menonton atau merakam kandungan terhad yang tertentu.

Komputer peribadi (PC) yang ada output HDMI perkakasan mungkin memerlukan sokongan perisian dari sistem pengendalian seperti Windows Vista. Kini, Linux menyokong output video melalui keserasian ke belakang dengan DVI.

Di Amerika Syarikat, sokongan HDCP ialah satu ciri-ciri lazim pada TV digital yang sedia dipasang penala digital (ATSC), kecuali set TV digital lebih murah yang langsung tidak disertakan kemudahan HDMI. Dalam industri paparan PC pula, yang mana paparan komputer jarang sedia dipasang penala digital, sokongan HDCP tidak terdapat dalam kebanyakan model. Contohnya, monitor-monitor LCD terawal dengan penyambung HDMI tidak menyokong HDCP, dan tidak banyak juga monitor LCD padat (17" ke bawah) yang menyokong HDCP.

Pengasas-pengasas HDMI termasuk pengeluar elektronik pengguna Hitachi, Matsushita (Panasonic/National/Quasar), Philips, Sony, Thomson (RCA), Toshiba, dan Silicon Image. Digital Content Protection, LLC (anak syarikat Intel) menyediakan HDCP untuk HDMI. Selain itu, HDMI disokong penerbit-penerbit wayang utama seperti Fox, Universal, Warner Bros., dan Disney, serta pengendali-pengendali sistem DirecTV dan EchoStar (Dish Network) dan juga CableLabs dan Samsung.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: HDMI http://hometheater.about.com/b/a/257088.htm http://www.audioholics.com/techtips/specsformats/H... http://www.cepro.com/article/inside_hdmi_cec_the_l... http://www.cepro.com/article/panasonic_demos_contr... http://www.denguru.com/2007/01/08/hdmi-past-presen... http://www.digitaltvdesignline.com/showArticle.jht... http://www.extremetech.com/article2/0,1558,2254162... http://www.hdbeat.com/2006/06/28/pics-of-the-hdmi-... http://www.hdtvmagazine.com/articles/2006/08/hdmi_... http://hometoys.com/article.php4?displayid=850