Versi HDMI

Peranti-peranti berkenaan dikilangkan untuk mematuhi pelbagai versi spesifikasi, iaitu setiap versi diberi nombor kemaskini. Setiap versi spesifikasi berikutnya menggunakan kabel yang sama, tetapi juga menambah daya pemprosesan dan kemampuan apa-apa yang boleh dipancarkan melalui kabel itu. Keperluan kabel HDMI baru sebenarnya bergantung pada kabel itu sendiri (yang juga disertakan kadaran HDMI). Faktor utama untuk dipertimbangkan ialah sama ada kabel yang sedia ada akan dapat menangani lebar jalur yang semakin besar; misalnya 10.2 Gbit/s yang disertakan dalam versi 1.3. Ujian akur kabel disertakan dalam Spesifikasi Ujian Akur HDMI (lihat TESTID 5-3), dengan huraian "Kategori 1" dan "Kategori 2" dalam Spesifikasi HDMI 1.3a (Seksyen 4.2.6).

Sesuatu produk yang dinyatakan mempunyai suatu versi HDMI tidak semestinya bererti merangkumi segala ciri-ciri yang diterangkan dalam pengelasan versi akan: memang, sesetengah ciri-ciri adalah tidak wajib. Contohnya, bagi HDMI v1.3, sokongan piawaian warna luas xvYCC adalah tidak wajib. Ini bermakna, jika anda membeli sebuah kamera video yang menyokong ruang warna yang luas itu (yang misalnya dijenamakan oleh Sony sebagai "x.v.Color") anda perlu memastikan bahawa paparan berkenaan menyokong kedua-dua HDMI v1.3 dan piawaian warna luas xvYCC.

HDMI 1.0

Dikeluarkan pada Disember 2002.

  • Sambungan audio/video digital kabel tunggal dengan kadar bit maksimum 4.9 Gbit/s. Sokongan maksimum video 165 Mpixel/s (1080p60 Hz atau UXGA) dan audio 8 saluran/192 kHz/24-bit.

HDMI 1.1

Dikeluarkan pada Mei 2004.

HDMI 1.2

Dikeluarkan pada Ogos 2005.

  • Penambahan sokongan untuk One Bit Audio, digunakan dalam Super Audio CD, sehingga 8 saluran.
  • Adanya penyambung HDMI Type A untuk sumber-sumber PC.
  • Kebolehan sumber-sumber PC menggunakan ruang warna RGB natif sambil mengekalkan pilihan menyokong ruang warna YCbCr CE.
  • Keperluan HDMI 1.2 dan paparan-paparan selanjutnya menyokong sumber voltan rendah.

HDMI 1.2a

Dikeluarkan pada Disember 2005.

  • Menetapkan ciri-ciri Kawalan Elektronik Pengguna (Consumer Electronic Control, CEC), set-set perintah, dan ujian akur CEC sepenuhnya.

HDMI 1.3

Dikeluarkan pada 22 Jun 2006.[7][8]

  • Peningkatan lebar jalur pautan tunggal kepada 340 MHz (10.2 Gbit/s)
  • Pilihan sokongan Deep Color dengan xvYCC, sRGB, atau YCbCr 30-bit, 36-bit, dan 48-bit berbanding sRGB atau YCbCr 24-bit dalam versi HDMI sebelumnya.
  • Diterapkan kebolehan penyegerakan audio automatik (Audio video sync).
  • Pilihan sokongan output strim-strim Dolby TrueHD dan DTS-HD Master Audio untuk penyahkodan luaran oleh penerima AV.[9] TrueHD dan DTS-HD merupakan format-format kodek audio tanpa kehilangan yang digunakan pada Cakera Blu-ray dan HD DVD. Jika pemain cakera boleh menyahkodkan strim-strim ini menjadi audio yang tidak mampat, maka HDMI 1.3 tidak perlu kerana semua versi HDMI boleh mengangkut audio yang tidak mampat.
  • Adanya penyambung mini Type C baru untuk peranti-peranti seperti kamera video.[10]

HDMI 1.3a

Dikeluarkan pada 10 November 2006.[11]

  • Pengubahsuaian Kabel dan Lubuk untuk Type C
  • Cadangan penghapusan sumber
  • Pengguguran lajak bawah dan had masa naik/turun maksimum.
  • Perubahan dalam had kemuatan CEC
  • Penjernihan julat pengkuantuman video RGB
  • Perintah CEC untuk kawalan pemasa dikembalikan dalam bentuk diubah, penambahan perintah kawalan audio.
  • Penyertaan spesifikasi ujian akur dikeluarkan serentak.

HDMI 1.3b

Dikeluarkan pada 26 Mac 2007.

  • Penyemakan ujian kepatuhan HDMI

HDMI 1.3b1

Dikeluarkan pada 9 November 2007.

  • Penyemakan ujian kepathuan HDMI, yang menambah keperluan ujian untuk penyambung mini HDMI Type C

HDMI 1.3c

Dikeluarkan pada

  • Penyemakan ujian kepathuan HDMI, yang mengubah keperluan ujian untuk kabel HDMI aktif

HDMI 1.4

Kabel HDMI 1.4 pertama di dunia keluaran Cablesson pada 22 Jun 2009.[12]

Dikeluarkan pada 28 Mei 2009.[13][14]

  • Meningkatkan leraian maksimum kepada 4K × 2K (3840×2160p pada 24Hz/25Hz/30Hz dan 4096×2160p pada 24Hz, iaitu leraian panggung wayang digital)
  • Saluran Ethernet HDMI yang membolehkan sambungan Ethernet 100 Mb/s di antara dua peranti bersambungan HDMI
  • Memperkenalkan Saluran Pulangan Audio (Audio Return Channel)
  • 3D melalui HDMI: mnyokong beberapa struktur 3D termasuk alternatif medan, alternatif bidang, pemadatan bidang, alternatif garis, separuh sisi dengan sisi, sepenuh sisi dengan sisi, L + kedalamam, dan L + kedalaman + grafik + kedalaman grafik.[15][16][17]
  • Penyambung HDMI Mikro baru
  • Peningkatan sokongan ruangan warna
  • Sistem Penyambungan Automotif (Automotive Connection System)

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: HDMI http://hometheater.about.com/b/a/257088.htm http://www.audioholics.com/techtips/specsformats/H... http://www.cepro.com/article/inside_hdmi_cec_the_l... http://www.cepro.com/article/panasonic_demos_contr... http://www.denguru.com/2007/01/08/hdmi-past-presen... http://www.digitaltvdesignline.com/showArticle.jht... http://www.extremetech.com/article2/0,1558,2254162... http://www.hdbeat.com/2006/06/28/pics-of-the-hdmi-... http://www.hdtvmagazine.com/articles/2006/08/hdmi_... http://hometoys.com/article.php4?displayid=850