Hadiah_Nobel_dalam_Fisiologi_atau_Perubatan
Hadiah_Nobel_dalam_Fisiologi_atau_Perubatan

Hadiah_Nobel_dalam_Fisiologi_atau_Perubatan

Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (Bahasa Sweden: Nobelpriset i fysiologi eller medicin; Bahasa Inggeris: Nobel Prize in Physiology or Medicine) dikurniakan setahun sekali oleh Institut Karolinska di Sweden, sebagai salah satu dari lima Hadiah Nobel yang ditubuhkan menurut wasiat Alfred Nobel pada tahun 1895, selain Hadiah Nobel dalam bidang Fizik, Kimia, Kesusasteraan dan Keamanan sejak tahun 1901. Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pertama dikurniakan kepada ahli fisiologi Jerman bernama Emil Adolf von Behring pada tahun 1901, kerana "sumbangannya kepada terapi serum, terutamanya kegunaannya untuk merawat difteria, yang mana beliau membuka jalan baru dalam bidang sains biologi dan dengan itu meletakkan senjata kemenangan terhadap penyakit dan maut placed di tangan tabib". Anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dipandang sebagai anugerah paling berprestij yang boleh diraih oleh saintis menceburi bidang-bidang ini. Hadiah Nobel ini disampaikan di upacara tahunan di Stockholm pada 10 Disember, iaitu ulang tahun kematian Nobel, yang mana pemenangnya menerima hadiahnya dari Raja Sweden yang berbentuk diploma, pingat dan dokumen yang mengesahkan nilai hadiahnya.[2]

Hadiah_Nobel_dalam_Fisiologi_atau_Perubatan

Penghargaan Penerokaan fisiologi dan perubatan yang membawa kepada manfaat bagi umat manusia
Disampaikan oleh Nobel Assembly at Karolinska Institutet
Laman web rasmi nobelprize.org
Kini dipegang oleh James P. Allison, Tasuku Honjo (2018)
Lokasi Stockholm, Sweden
Negara Sweden
Anugerah pertama 1901
Ganjaran 9 juta SEK (2017)[1]

Rujukan

WikiPedia: Hadiah_Nobel_dalam_Fisiologi_atau_Perubatan http://nobelprize.org/award_ceremonies/prize.html http://nobelprize.org/nobel_prizes/medals/ http://nobelprize.org/nobel_prizes/medicine/ http://nobelprize.org/prize_awarders/medicine/ http://www.nobelprize.org/medicine/laureates/index... http://www.nobelprizes.org/nobel/medicine/ https://www.nobelprize.org/press/#/publication/59c... https://www.webcitation.org/5EsureXKk?url=http://n... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Nobel_...