Hadiah_Nobel_dalam_Kimia
Hadiah_Nobel_dalam_Kimia

Hadiah_Nobel_dalam_Kimia

Hadiah Nobel dalam Kimia (Bahasa Sweden: Nobelpriset i kemi, Bahasa Inggeris: Nobel Prize in Chemistry) ialah anugerah tahunan yang dikurniakan oleh Akademi Sains Diraja Sweden kepada ahli-ahli sains yang menceburi pelbagai bidang kimia. Hadiah ini merupakan salah satu daripada lima Hadiah Nobel tahunan yang ditubuhkan mengikut wasiat Alfred Nobel pada 1895, untuk dihadiahkan kepada penyumbang cemerlang dalam bidang kimia, fizik, sastera, keamanan, dan fisiologi atau perubatan. Anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dihadiahkan oleh sebuah Jawatankuasa Nobel yang terdiri daripada lima ahli yang dilantik oleh Akademi Sains Diraja Sweden. Hadiah Nobel dalam Kimia pertama dianugerahkan kepada Jacobus Henricus van 't Hoff dari Belanda pada tahun 1901, "kerana penemuan hukum-hukum dinamik kimia dan tekanan osmosis dalam larutan". Anugerah ini disampaikan di majlis tahunan di kota Stockholm pada setiap 10 Disember, iaitu ulang tahun pemergian Nobel.