Hadiah_Sastera_Kumpulan_Utusan

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) merupakan salah satu sayembara sastera Malaysia dan dianjurkan oleh Kumpulan Utusan. Setiap penyertaan dibahagikan kepada beberapa jenis kategori. HSKU berkonsepkan pemberian hadiah yang diasaskan kepada karya yang didapati panel mencapai tahap mutu seni kreatif yang membanggakan. HSKU mula diperkenalkan pada tahun 1985 dan memberi penelitian khusus kepada karya kreatif yang diterbitkan dalam ruangan sastera pelbagai terbitan Kumpulan Utusan; majalah dan akhbar mingguan. Karya kreatif yang dimaksudkan meliputi genre puisi dan cerpen umumnya pada tahun awal diperkenalkan sebelum berkembang kepada genre-genre lain. Banyak karya pemenang dipilih sebagai bahan KOMSAS di peringkat sekolah menengah.