Hady_Mirza
Hady_Mirza

Hady_Mirza

Muhammad Mirzahady bin Amir atau lebih dikenali sebagai Hady Mirza (lahir 28 Januari 1980)[1] merupakan seorang penyanyi lelaki Singapura. Beliau ialah pemenang musim kedua Singapore Idol pada 25 September 2006 di Stadium Tertutup Singapura setelah berjaya memperoleh 70% daripada lebih kurang sejuta undian daripada penonton televisyen. Beliau juga ialah pemenang musim pertama Asian Idol pada 16 Disember 2007 di Jakarta, Indonesia dan telah menewaskan lima finalis yang lain dari Indonesia, India, Filipina, Vietnam dan Malaysia. Beliau turut dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza (Musim 6) bersama dengan Naqiu Boboy. Kejayaan mereka itu telah mencipta sejarah dalam program tersebut apabila dua juara sekaligus dinobatkan dalam satu musim berikutan mereka berkongsi peratusan markah yang sama.[2]Beliau terkenal dengan suaranya yang lunak dan keperibadiannya yang mempersonakan. Beliau merupakan cucu kepada pelakon veteran Osman Zailani.

Hady_Mirza

Berasal dari Singapura
Pekerjaan Penyanyi
Nama lahir Muhammad Mirzahady Bin Amir
Instrumen Vokal, gitar
Syarikat rakaman Universal Music Singapore
Hype Records Singapore
Kelahiran (1980-01-28) 28 Januari 1980 (umur 40)
Genre Pop, R&B, Soul
Tahun aktif 2006–kini