Hafeez_Mikhail

Muhd Hafiz bin Muhd Zaki (lahir 8 Ogos 1992) atau lebih dikenali sebagai Hafeez Mikail ialah pelakon dan model lelaki Malaysia.[1] Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan tanah air pada 2010, beliau terkenal menerusi watak Tengku Zarul dalam drama Hati Perempuan dan Megat Wakeel dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita.