Haier
Haier

Haier

Haier Group Corporation ialah syarikat elektronik pengguna multinasional kolektif Cina dan syarikat peralatan rumah yang beribu pejabat di Qingdao, wilayah Shandong, China. Ia merekabentuk, membangunkan, mengeluarkan dan menjual produk termasuk penghawa dingin, telefon bimbit, komputer, ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, peti sejuk, dan televisyen.Menurut data yang dikeluarkan oleh Euromonitor pada tahun 2014, jenama Haier mempunyai bahagian pasaran terbesar di dunia dalam barangan putih, dengan 10.2 peratus bahagian pasaran runcit. Ini adalah tahun keenam berturut-turut di mana Haier menjadi pemimpin pasaran bagi peralatan utama.[1]Kumpulan Haier juga terdiri daripada dua anak syarikat tersenarai: Qingdao Haier Co., Ltd. (SSE: 600690) dan Haier Electronics Group Co., Ltd. (SEHK: 1169). Diumumkan bahawa Qingdao Haier juga akan mengeluarkan "D-share" untuk berdagang di China Europe International Exchange of Frankfurt.[2]

Haier

Industri Kelengkapan rumah
Elektronik pengguna
Anak syarikat GE Consumer & Industrial
Fisher & Paykel
Haier Electronics Group
Hotpoint America
Qingdao Haier
Perancang utama Zhang Ruimin
(Pengerusi dan CEO)
Liang Haishan
(Presiden)
Zhou Yunjie
(Presiden)
Ibu pejabat Qingdao, China
Laman sesawang www.haier.com
Keluaran Peralatan kecil, Pemanasan komersil dan sistem penyejukan, Elektronik pengguna
Ditubuhkan 1984; 36 tahun yang lalu (1984)
Jenis Perusahaan kolektif
Nama asal 海尔集团