Haiza

Rohaizah binti Nordin, atau lebih dikenali sebagai Haiza, ialah seorang penyanyi yang membawakan konsep dangdut di Malaysia.Penyanyi ini berasal dari Benut, Pontian, Johor Darul Takzim. Haiza berketurunan Bugis ini dibesarkan di Kampung Lama Benut, Pontian Johor. Bapa haiza iaitu Tuan Hj. Nordin bin Hj. Daud merupakan bekas seorang guru dan ibunya Zainab binti Ebar merupakan seorang pengusaha restoran. Selain menjadi penyanyi haiza juga seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio di Stesen Radio Malaysia KLfm untuk Segmen Rentak Pagi K.L bersama Dj Sonic dan Dj Nazrie bermula jam 6 hingga 10 pagi setiap hari khamis dan jumaat sejak november 2012 bersama penerbit Mamu Hezri ( Hezri Hashim). Pada tahun 2015, Haiza telah berhijrah ke stesen radio Best FM yang dulunya dikenali sebagai Best 104 mengendalikan segmen Best Pagi bermula jam 6 hingga 10 pagi bersama Zairi Ibrahim atau (Aizairi).Bermula Mac 2016 Haiza bertugas di Kool FM sehingga sekarang.Haiza telah dilantik menjadi duta biskut Julie's selama setahun. Selain itu juga Haiza dilantik pengguna dan testimonial produk set bersalin Ibu Halimah, Jamu Mak Dara. Terkini Haiza di bawah Syarikat HDeen Resources telah mengeluarkan Produk Jus Kesihatan untuk wanita wanita yang diberi nama H.A.I.Z.A JUS CURCUMAE VIT-PLUS.Haiza juga pengasas produk Minyak Wangi My Haiza.Haiza juga mempunyai syarikat pengurusn sendiri My Own Entertainment Management.

Haiza

Pekerjaan Penyanyi, Penyampai radio
Berasal dari Malaysia
Nama lahir Rohaizah binti Nordin
Juga dikenali sebagai Haiza
Syarikat rakaman PolyGram
Kelahiran (1980-02-02) 2 Februari 1980 (umurĀ 40)
Benut, Pontian, Johor
Genre Dangdut