Hak

Hak (bahasa Arab: حق, haq, bahasa Inggeris: rights) ialah suatu yang dimiliki secara semulajadi oleh setiap manusia. Misalnya seorang anak berhak mewarisi harta ayah atau ibunya yang telah meninggal dunia. Itulah maknanya secara umum. Tetapi lazimnya dari segi masyarakat hak merujuk kepada sesuatu perkara yang boleh dilakukan atau patut diberi kepada orangramai. Misanya hak mendapat pendidikan, hak bersuara dan sebagainya. Biasanya hak yang wajib ada bagi manusia sejagat adalah hak asasi manusia. Namun setiap kerajaan mempunyai kuasa untuk menentukan hak rakyat di negaranya sendiri. Terdapat setengah kerajaan yang menggunapakai hak asasi manusia yang standard dan hak-hak tersebut termaktub dalam perlembagaan negara masing-masing. Namun terdapat beberapa negara misalnya di Amerika Syarikat yang memberi hak untuk memiliki senjata (right to bear arms), manakala hak ini tidak terdapat di negara seperti Malaysia. Manakala, setengah kerajaan memberi hak yang terhad kepada rakyatnya. Misalnya pada masa dahulu, kaum kulit hitam dan India di Afrika Selatan tidak diberi hak mengundi, manakala kaum kulit putih dibenarkan mengundi.