Hak_pekerja

Hak pekerja adalah kumpulan hak perundangan dan hak asasi manusia yang didakwa berkenaan hubungan pekerjaan antara pekerja dan majikan. Hak ini selalunya diperoleh melalui undang-undang pekerjaan dan buruh. Secara umumnya, wacana mengenai hak pekerja berkait dengan perundingan gaji, manfaat, dan keadaan bekerja yang selamat. Satu daripada perkara paling utama dalam hak pekerja adalah hak untuk membentuk persatuan. Persatuan pekerja membolehkan pekerja berunding secara berkelompok atau kolektif dengan majikan untuk meningkatkan gaji ahli dan keadaan tempat kerja yang lebih baik. Hak pekerja juga membolehkan pengawalan dan pengurusan pekerja dan memberikan mereka hak untuk bersuara dalam penentuan keputusan dan dasar. Pergerakan pekerja pada awalnya menumpu pada hak untuk berpersatuan dan perhatian telah beralih ke aspek lain kemudiannya.Pengkritik pergerakan hak pekerja mendakwa bahawa peraturan yang diperjuangkan oleh aktivis hak pekerja boleh membataskan peluang untuk bekerja. Di Amerika Syarikat, pengkritik membantah kesatuan yang mensyaratkan majikan hanya boleh mengambil ahli kesatuan untuk bekerja. Akta Taft-Hartley di Amerika Syarikat mengharamkan syarat seperti ini tetapi membenarkan syarat yang kurang ketat. Akta Taft-Hartley turut membenarkan negeri untuk meluluskan undang-undang hak untuk bekerja yang tidak mewajibkan pengambilan pekerja berdasarkan keahlian seseorang dalam kesatuan kerja. Para pekerja membalas bahawa dasar keterbukaan ini membawa kepada masalah penumpang percuma.