Hakka
Hakka

Hakka

Orang Hakka ([hak-ka] Bahasa Mandarin: Kèjīa, 客家) ialah sebuah suku bangsa Han yang tertumpu di wilayah-wilayah Guangdong, Jiangxi, dan Fujian di China. Nenek moyang mereka sering dikatakan berasal dari China Utara atau China Tengah berabad-abad dahulu. Namun, asal-usul orang Hakka masih hangat diperdebatkan. Adalah dikatakan bahawa dalam beberapa gelombang penghijrahan, orang Hakka berpindah, menetap di tempat-tempat mereka berada sekarang di China selatan, dan kemudiannya berhijrah seberang laut ke negara-negara lain. Orang Hakka banyak berpengaruh sepanjang sejarah China dan orang Cina seberang laut: khususnya, mereka telah menjadi satu sumber pemimpin revolusi, politik dan ketenteraan, tidak memeranjatkan kerana suku Hakka ini banyak berjelajah[perlu rujukan] di dalam dan luar China, serta memegang pandangan seluruh China [perlu rujukan] dan bukannya pandangan setempat panglima-panglima setempat ketika Zaman Panglima Cina.Orang Hakka paling banyak dijumpai di wilayah-wilayah selatan China, tetapi juga boleh didapati di wilayah-wilayah utara; contohnya terdapat rancangan berita televisyen yang dibaca dalam bahasa Hakka di Xi'an, Shaanxi. Kehadiran suku Hakka ada di merata negara China.