Halloween [hælə'win hælo'win; hae-lo-win] adalah suatu tradisi perayaan malam
31 Oktober (semasa [[di negara-negara Barat dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta
gula-gula atau
coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau." Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di
tingkap dengan
sabun.Halloween biasanya dikaitkan dengan
syaitan,
ahli sihir, hantu,
Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow)
[1]. Hari raya agama Katolik bernama
Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan 1 November pernah dikenal sebagai All Hallows' Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus.Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian.
Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di
Brazil,
Mexico, dan
Filipina.Halloween berasal dari orang
Celt di
Ireland,
Britain dan
Perancis sebagai tradisi
paganisme perayaan musim tuai. Pada abad ke-19, orang Ireland dan
Scotland membawanya ke Amerika Utara.