Hamdolok

Tarian Hamdolok atau juga dikenali sebagai masadeka' merupakan sejenis tarian yang terkenal di Johor. Tarian ini dipersembahkan semasa majlis-majlis keramaian/pesta, pertunjukan seni dan di rumah-rumah kenduri-kendara.Hamdolok apabila dipersembahkan mengandungi unsur-unsur seni nyanyian, tarian serta permainan muzik. Setiap ahli kumpulan yaag terdiri antara lima belas hingga dua puluh orang, memainkan peranan masing-masing mengikut jenis watak, pakaian serta alat muzik yang mereka mainkan. Di majlis-majlis tersebut tarian ini berfungsi sebagai hiburan bagi memeriahkan lagi suasana di samping terus memperkenalkan danmempertahankan keseniannya supaya ia tidak luput dari pengenalan masyarakat.