Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai
Hamka (lahir di Nagari Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatra Barat),
Indonesia pada 17 Februari 1908 - 24 Julai 1981) ialah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia.Ayahnya ialah
Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenali sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di
Minangkabau sekembalinya dari
Makkah pada tahun
1906.Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati. Hamka merupakan ketua
Majlis Ulama Indonesia, salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain
Nahdlatul Ulama dan
Muhammadiyah. Sewaktu zaman penjajahan Belanda, Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia seperti Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.Hamka hanya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau. Beliau hanya belajar setakat gred 2. Namun, ketika beliau berumur 10 tahun, ayahnya membuka Thawalib atau sekolah fardhu ain di kampung halamannya
Padang Panjang. Hamka kemudiannya belajar dan menguasai bahasa Arab. Beliau juga menjadikan Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur,
R.M. Surjopranoto dan
Ki Bagus Hadikusumo, cendekiawan Muslim tersohor sebagai mentornya. Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah dan politik. Hamka juga menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan kepada bahasa Arab seperti
Karl Marx dan Arnold Toynbee.Hamka aktif berdakwah sejak beliau berumur 17 tahun. Beliau menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul kepada jemaah haji Indonesia. Hamka merupakan pengasas Kolej al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam, Merdeka, Menara, Pemandangan, Gema Islam, Pedoman Masyarakat dan Qathib al-Ummah.Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan menyertai cawangannya dan dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah. Beliau melancarkan penentangan terhadap khurafat, bida'ah, thorikoh kebatinan yang menular di Indonesia. Oleh itu, beliau mengambil inisiatif untuk mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah. Hamka juga berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.Akibat daripada kelantangan beliau bersuara menyebabkan dirinya dipecat daripada jawatan umum Majlis Ulama Indonesia. Beliau juga pernah meringkuk di penjara bersama-sama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI).Selain hanya menjadi guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang, beliau juga menjadi pensyarah di
Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pengawai Tinggi Agama Indonesia.