Hampagas
Hampagas

Hampagas

Hampagas atau vakum merujuk kepada isipadu ruang yang pada asasnya kosong dari jirim, sehinggakan tekanan gasnya lebih rendah berbanding tekanan atmosfera.[1]Konsep ini telah banyak dihujahkan secara berfalsafahnya sejak zaman Yunani Purba lagi, namun ia tidaklah dikaji secara empirikalnya sehingga abad ke-17, apabila seorang ahli fizik Itali bernama Evangelista Torricelli menghasilkan vakum pertama buatan makmal pada tahun 1643 berdasarkan teori-teorinya mengenai tekanan atmosfera, Vakum buatan pertama ini - secara terperincinya dikenali sebagai vakum (atau hampagas) torricelli, torricellian vacuum - dihasilkan dengan mengisi sebuah bekas kaca tinggi yang tertutup pada satu hujungnya dengan raksa, lalu bekas ini diterbalikkan untuk menangkap isi raksa tersebut.[2]