Hamzah_Abu_Samah

Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Dato' Abu Samah merupakan ahli politik UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 mewakili Parti Perikatan. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 beliau menang kawasan Temerloh, negeri Pahang atas tiket parti Barisan Nasional.Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Hussein Onn telah melantik beliau menjadi Menteri Undang-undang .Beliau adalah Tokoh Sukan Negara yang juga bekas menteri Kabinet termasuk Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Seumur Hidup dan memegang pelbagai jawatan penting dalam sukan sama ada dalam negara mahupun peringkat antarabangsa.