Hana

Hana (juga dikenali sebagai Ann atau Anna atau Anne, dari perkataan Ibrani Channah חַנָּה, bermaksud "yang disukai" atau "yang mulia"). Beliau berada dalam keluarga mulia, keluarga keturunan Nabi Daud a.s. dan keturunannya dari situ. Beliau merupakan ibu kepada Maryam, dara suci yang juga ibu Nabi Isa a.s.. Menurut tradisi penting Islam dan Kristian, Hana merupakan nenda kepada Nabi Isa a.s. Walaupun namanya tidak disebut dalam kanun-kanun Injil, juga tidak disebut dalam bentuk nama dalam Al-Quran, ia merupakan individu penting disamping suaminya iaitu Yehoyaqim atau Imran. Hana dicatat dalam apokrifa Perjanjian Baru, dimana Protoevangelium James (mungkin ditulis sekitar 150) dilihat sebagai bukti penulisan yang terawal yang ada.

Hana

Lahir lebih kurang kurun pertama sebelum masihi
Atribut Buku, pintu, bersama dengan Yehoyaqim (suami), Maryam (anak) dan Nabi Isa a.s. (cucu).
Dihormati oleh Kristian
Islam
Hari perayaan 26 Julai (Kalender barat)
25 Julai (Kalender timur)
20 November (Kalender koptik)
Naungan seorang yang mulia, tidak mempunyai anak, tukang kayu, equestrian, nenek, suri rumah, pembuat gelang, ibu, penjual barangan.

Rujukan

WikiPedia: Hana http://elcic.ca/What-We-Believe/Martin-Luther.cfm http://www.claireheartsong.com/books.html http://www.lib.rochester.edu/camelot/teams/44sr.ht... http://www.christianiconography.info http://www.christianiconography.info/anne.html http://www.christianiconography.info/goldenLegend/... http://www.christianiconography.info/protevangeliu... http://www.americancatholic.org/Features/Saints/sa... http://www.ccel.org/ccel/schaff/anf08.vii.v.i.html http://isni.org/isni/0000000107883393