Hang_Tuah_Jaya
Hang_Tuah_Jaya

Hang_Tuah_Jaya

Hang Tuah Jaya merupakan sebuah bandar satelit bagi Bandaraya Melaka yang juga merupakan pusat pentadbiran baharu negeri Melaka bermula pada Jun 2006. Bandar ini juga digelar sebagai 'Putrajaya' Melaka. Pusat pentadbiran Hang Tuah Jaya terletak kira-kira 15 km dari pusat bandaraya Melaka. Kawasan ini terletak di bawah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Seri Negeri juga terletak di sini, berhampiran Persimpangan Seri Negeri - MITC.Hang Tuah Jaya meliputi kawasan seluas 144.61 kilometer persegi, merupakan sebahagian daripada 3 daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Hang Tuah Jaya merangkumi bandar-bandar seperti Ayer Keroh, Bukit Katil, Batu Berendam, Bukit Baru, Ayer Molek, Durian Tunggal dan Bemban serta beberapa pekan dalam lingkungan kawasan ini.Kebiasaannya, istilah Hang Tuah Jaya jarang digunakan oleh penduduk sekitar, memandangkan istilah ini baru sahaja dicipta. Mereka lebih sesuai menyebut nama bandar seperti Ayer Keroh dan sebagainya. Papan tanda juga tiada yang tertulis 'Hang Tuah Jaya' , hanya nama-nama bandar yang menjadi sebahagian daripada kawasan ini. Secara geografinya juga, seluruh kawasan ini (kecuali Bemban dan Durian Tunggal) merupakan sebahagian daripada Bandaraya Melaka, jadi tidak hairan sekiranya ada yang menggelarkan kawasan ini ialah Bandaraya Melaka.