Hantu_Kak_Limah_(filem)

Hantu Kak Limah (awalnya dikenali sebagai Hantu Kak Limah 3) merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Mamat Khalid.[2] Ia merupakan kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) serta yang ketiga dalam trilogi Hantu Kak Limah.[3] Ia berkisarkan Kak Limah yang baru sahaja berumah tangga, telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun.[4]Penggambaran dijalankan pada Oktober 2017 di Taiping, Perak dan berakhir pada November 2017. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Ogos 2018 dan menjadi filem Hantu Kak Limah pertama yang diterbitkan tanpa Man Kadir, Zami Ismail dan Azwan Annuar yang telah kembali ke Rahmatullah.[5] Ia juga merupakan filem terakhir lakonan Rab Khalid sebelum kematiannya pada Januari 2018.[6] Hantu Kak Limah menerima ulasan positif dan bercampur-campur daripada pengkritik dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM37 juta dalam masa 18 hari di seluruh negara,[7] lantas menjadikannya filem dengan kutipan terbanyak di Malaysia.[8][9][10]Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Hantu Kak Limah sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.[11] Teater muzikal filem ini telah dipentaskan di Movie Park Animation Studios (MAPS) dari 24 hingga 31 Disember 2018.[12]

Rujukan

WikiPedia: Hantu_Kak_Limah_(filem) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fenomena-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/gempak-ha... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pecah-per... http://www.gempak.com/artikel/10877/peraduangempak... http://www.gempak.com/artikel/11263/lagu-srikandi-... http://www.gempak.com/artikel/7486/hantu-kak-limah... http://www.imdb.com/title/tt8757960/ http://www.kosmo.com.my/hiburan/hantu-kak-limah-su... http://www.kosmo.com.my/hiburan/hantu-kak-limah-su... http://www.kosmo.com.my/hiburan/mungkin-hantu-kak-...