Penerbitan Hantu_Kak_Limah_(filem)

Pada Februari 2013, penerbit siri filem Hantu Kak Limah, Gayatri Su-Lin Pillai mengumumkan akan menerbitkan siri ketiga filem ini, berikutan sambutan positif diterima oleh Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Beliau berkata dalam temuramah bersama Sinar Harian: "Kami ada perancangan untuk hasilkan filem Hantu Kak Limah 3. Kami dah bincang dengan Mamat Khalid,".[13] Penggambaran dijalankan pada 19 Oktober 2017 di Taiping, Perak dan mengambil masa 22 hari untuk disiapkan dengan kos pembikinan sebanyak RM1.2 juta dan berakhir pada 9 November 2017. Untuk filem ini, Kampung Pisang telah digugurkan.[14]

Filem ini ditujukan khas untuk tiga pelakon siri filem Hantu Kak Limah—iaitu Zami Ismail yang meninggal dunia pada 19 Jun 2011, Azwan Annuar pada 18 April 2015 dan Man Kadir pada 6 September 2017. Dalam temuramah bersama Astro Gempak, Mamat berkata kehilangan tiga watak penting dalam filem arahannya ini memberi kesan besar kepadanya. "Tanpa kita sedar, tiga pelakon penting filem Hantu Kak Limah telah tiada namun filem ini tetap akan diteruskan dan saya harap ia akan menjadi filem yang paling lawak pernah saya hasilkan."[15] Zul Ariffin yang terkenal dengan peranan filem termasuk Evolusi KL Drift 2 (2010) dan J Revolusi (2017), memegang watak utama sebagai Solihin, beliau dipetik sebagai berkata: "Mamat adalah pencerita hebat yang ceritanya lucu, namun pintar. Barisan pelakon belajar banyak tentang kehidupan di bawah bimbingannya, dan dengan itu, saya benar-benar berbesar hati untuk muncul dalam projek filem terbarunya,".[16] Uqasha Senrose yang terkenal dengan peranan televisyen termasuk Tundukkan Playboy Itu dan Hero Seorang Cinderella memegang watak sebagai Puteri Bunian, Uqasha meluahkan rasa teruja kerana dapat bergandingan dengan Awie yang dianggap sebagai idolanya sejak usia kecil.[17] Usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza "Vida" Othman membuat penampilan sulung dalam filem ini.[18] Barisan pelakon lain terdiri daripada Jue Aziz, Ropie Cecupak, Mus May, Pekin Ibrahim, Erra Fazira dan Sabri Yunus.[19]

Menurut Pekin Ibrahim, yang sebelum ini muncul dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah beliau mengandaikan Hantu Kak Limah mungkin merupakan yang terakhir: "Saya rasa cerita Hantu Kak Limah kali ini mungkin penutup kepada kisah hantu Kak Limah. Malah, saya menyifatkan filem berkenaan memberi nilai sentimental kepada pengarahnya, Mamat Khalid kerana ia dilakonkan oleh orang-orang yang dekat dengan dirinya. Masakan tidak, arwah Rab Khalid yang turut berlakon dalam filem berkenaan meninggal dunia pada Januari lalu sebelum filem berkenaan sempat ditayangkan,".[20]

Rujukan

WikiPedia: Hantu_Kak_Limah_(filem) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fenomena-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/gempak-ha... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pecah-per... http://www.gempak.com/artikel/10877/peraduangempak... http://www.gempak.com/artikel/11263/lagu-srikandi-... http://www.gempak.com/artikel/7486/hantu-kak-limah... http://www.imdb.com/title/tt8757960/ http://www.kosmo.com.my/hiburan/hantu-kak-limah-su... http://www.kosmo.com.my/hiburan/hantu-kak-limah-su... http://www.kosmo.com.my/hiburan/mungkin-hantu-kak-...