Hanyut_(filem)

Hanyut merupakan sebuah filem drama pengembaraan Malaysia 2012 arahan U-Wei Hj Saari yang diadapatasikan daripada novel tulisan Joseph Conrad bertajuk Almayer's Folley. Filem ini merupakan kembali semula U-Wei mengarah setelah kali terakhir beliau mengarah pada 2004 menerusi filem Buai Laju-Laju.Filem ini pada asalnya hendak ditayangkan sebaik sahaja ia disiapkan pada tahun 2012, namun tarikh penayangannya terpaksa ditunda sejak December 2013[2] kerana kekurangan dana untuk mempromosikan filem ini. U-Wei terpaksa meminta daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional bantuan kewangan sebanyak RM2 juta untuk tujuan pemasaran dan pengedaran.[3] Sementara itu, filem ini mendapat peluang ditayangkan di 150 buah panggung wayang gambar serata Indonesia di bawah tajuk Gunung Emas Almayer pada November 2014. Filem ini akhirnya dapat ditayangkan di panggung wayang gambar seluruh Malaysia pada 24 November 2016, seperti yang diberitakan U-Wei dalam sebuah sidang akhbar pada 13 Oktober tahun yang sama.[4]

Hanyut_(filem)

Bahasa bahasa Melayu
bahasa Inggeris
Berdasarkan Almayer's Folly oleh
Joseph Conrad
Lakon layar oleh U-Wei Hj Saari
Disunting oleh Kate James
Pengarah U-Wei Hj Saari
Penerbit Julia Fraser
Mula ditayangkan 6 November 2014 (2014-11-06) (Indonesia)
24 November 2016 (Malaysia)
Syarikatpenerbitan
Tanah Licin Sdn Bhd
Sinematografi Arkadiusz Tomiak
Negara Malaysia
Dibintangi oleh Peter O'Brien
Diana Danielle
Sofia Jane
Adi Putra
Perbelanjaan RM 18 juta (dianggarkan) [1]