Harajuku
Harajuku

Harajuku

Harajuku (原宿?) adalah sebutan popular untuk kawasan di sekitar Stesen JR Harajuku, Daerah Shibuya, Tokyo, Jepun.Kawasan ini terkenal sebagai tempat anak-anak muda berkumpul. Lokasi termasuk sekitar Kuil Meiji, Taman Yoyogi, pusat beli-belah Jalan Takeshita (Takeshita-dori), pusat beli belah Laforet, dan Gimnasium Nasional Yoyogi. Harajuku bukan sebutan rasmi untuk nama tempat, dan tidak digabungkan sewaktu menulis alamat.[1]Sekitar tahun 1980-an, Harajuku merupakan tempat berkembangnya subbudaya takenoko-zoku. Sehingga hari ini, kumpulan anak muda berpakaian aneh boleh dijumpai di kawasan Harajuku. Selain itu, kanak-kanak sekolah dari pelbagai pelosok di Jepun menjadikan Harajuku sebagai destinasi pengajian pelancongan sewaktu berkunjung ke Tokyo.Sebutan "Harajuku" hanya digunakan untuk kawasan di sebelah utara Omotesando. Onden adalah nama kawasan di sebelah selatan Omotesando, namun nama tersebut tidak popular dan ikut disebut Harajuku.[2]

Rujukan

WikiPedia: Harajuku http://www.chinatownconnection.com/harajuku-girls.... http://www.gojapango.com/tokyo/harajuku.htm http://www.japan-guide.com/e/e3006.html http://www.lonelyplanet.com/japan/tokyo/sights/arc... http://www.mtvhive.com/2013/04/16/kyary-pamyu-pamy... http://popdust.com/2013/05/12/j-pop-princess-kyary... http://www.ntv.co.jp/don/contents03/2010/06/199862... http://www.jnto.go.jp/eng/location/regional/tokyo/... http://www.timeout.jp/en/tokyo/feature/6454/50-thi... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=H...