Harimau Tasmania (Thylacinus cynocephalus) adalah haiwan
marsupial karnivor yang paling besar yang diketahui pada zaman moden. Binatang ini berasal dari
Australia dan
New Guinea dan dinyatakan
pupus pada abad ke-20. Binatang ini disebut sebagai
harimau Tasmania kerana punggungnya yang bercorak belang, namun ada juga yang menyebutnya
serigala Tasmania, dan secara percakapan juga disebut
harimau Tassie (atau
Tazzy) atau cukup
harimau saja.
[a] Binatang ini adalah spesies terakhir dari
genusnya,
Thylacinus. Sebahagaian besar spesiesnya ditemukan dalam bentuk fosil yang berasal dari awal zaman
Miosen.Harimau Tasmania pernah pupus di
benua Australia ribuan tahun sebelum kedatangan
bangsa Eropah, tetapi speasis ini berjaya bertahan di
Tasmania dengan sejumlah
endemik lain seperti
Tasmanian Devil (
Syaitan Tasmanian). Selain pupus akibat
pemburuan haram, serangan penyakit,
anjing dan gangguan
manusia turut menyumbang. Walaupun telah diisytihar secara rasmi ia telah pupus, terdapat laporan tentang pertembungan saki-baki spesies ini.Harimau Tasmania merupakan
karnivor di puncak
rantai makanan. Sebagai
marsupial , ia tiada kaitan dengan
eutheria. Abiliti dan bentuk tubuhnya merupakan hasil evolusi konvergen. Keluarga terdekat speasis ini ialah Tasmanian Devil