Harold_Lloyd
Harold_Lloyd

Harold_Lloyd

Harold Clayton Lloyd, Sr. (20 April1893 – 8 Mac 1971) merupakan pelakon dan penerbit Amerika Syarikat. Lloyd merupakan antara artis komedi era filem senyap yang berpengaruh dan popular selain Charlie Chaplin dan Buster Keaton. Beliau telah muncul kira-kira 200 buah filem dan kebanyakkannya adalah filem tanpa suara. Kebanyakan filem-filem lakonannya akan mempunyai adengan-adengan yang memerlukan dia bergerak pantas dan melakukan aksi lagaknya. Llyod gemar melakukan sendiri aksi lagak walaupun pernah mengalami kecederaan sehingga menyebabkan kehilangan ibu jari dan jari telunjuknya. Walaupun filem-filem Lloyd tidak berjaya seperti filem-filem Chaplin, namun Lloyd berjaya membuat lebih banyak wang dari Chaplin ($15.7 juta berbanding $10.5 juta oleh Chaplin).Lloyd meninggal dunia pada tahun 1971 kerana barah prostat.