Watak Harry_&_Bunnie

  • Harry - Seorang ahli silap mata muda yang suka meneroka dan mencipta helah ajaib untuk menarik perhatian kawan-kawannya tetapi malangnya dia tidak berbakat untuk melakukan helahnya. Sementara itu, arnab persembahannya yang nakal, Bunnie, seolah-olah selalu mencuri perhatiannya dengan mengawal situasi pertualangan mereka untuk Tongkat Ajaib.
  • Bunnie - Arnab nakal yang dulu pernah dijadikan bahan persembahan sihir Harry. Dia mencuri tongkat sihir Harry dan itulah bagaimana konflik antara mereka bermula. Walau bagaimanapun, Penny sangat menyukainya dan melindunginya dari sebarang bahaya yang akhirnya memberi Bunnie ruang untuk ambil kesempatan.
  • Penny - Mak cik tua yang selalu memberi posyen dan barangan magik kepada Harry. Meskipun selalu berdepan masalah kerana tingkah laku Harry dan Bunnie, Penny tetap meminjamkan barangan magik kepada mereka ketika masa-masa genting.