Harry_Khalifah

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}Ahmad Sairi Haslan bin Mohd Redzwan atau lebih dikenali sebagai Harry Khalifah/Apak merupakan Gitaris Kumpulan Khalifah. Beliau dilahirkan pada 24 April 1980. Beliau merupakan bekas Kumpulan Jinbara bersama dengan Yabang. Beliau bersama Yabang telah menganggotai band tersebut dari tahun 2000 sehingga 2005 dan menghasilkan 3 album. Yabang dan gitaris Harry yang pernah mencipta lagu “Kasihnya Laila” dan juga menjadi fenomena hit muzik single terhangat suatu ketika dulu, telah mengundurkan diri dari kumpulan Jinbara akibat ketidaksefahaman di antara mereka. Pada 2006, Dia Bersama Yabang menubuhkan Khalifah. Beliau juga seorang penyanyi dan komposer terkenal. Antara lagu ciptaannya seperti Kasihnya Laila, Cikgu Ayu, Hang Pi Mana, Cintaku Dewi Kamala Dan Assalamualaikum Ustazah. Beliau juga banyak menaikkan artis baharu hasil lagu ciptaan beliau.

Harry_Khalifah

Pekerjaan Penyanyi, Komposer & Penulis Lirik
Ibu bapa Mohd Redzwan Shamsudin (bapa)
Anak Ahmad Hamizan
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman MVM Production
Warganegara Malaysia
Kelahiran Ahmad Sairi Haslan bin Mohd Redzwan
(1980-04-24) 24 April 1980 (umur 39)