Anugerah Harry_Potter

J.K. Rowling dan siri Harry Potter telah menerima pelbagai anugerah sejak penerbitan pertamanya iaitu Philosopher's Stone termasuk empat Anugerah "Whitaker Platinum Book" (semuanya dianugerahkan pada 2001), tiga "Nestlé Smarties Book Prize" (1997-1999), dua Anugerah Buku Majlis Seni Scotland (1999 dan 2001), satu Anugerah buku kanak-kanak tahunan Whitbread, (1999), Buku WHSmith bagi tahun 2006, dan lain lagi. Pada 2000 Harry Potter and the Prisoner of Azkaban telah dicalonkan bagi Novel Terbaik untuk Anugerah Hugo manakala pada tahun 2001, Harry Potter and the Goblet of Fire memenanginya pula. Penghormatan yang diterima termasuklan pujian bagi Pingat Carnegie (1997), disenarai pendekkan bagi Anugerah Guardian Children (1998), dan beberapa buku pilihan, pilihan penyunting dan senarai buku terbaik di Persatuan Perpustakaan Amerika, Chicago Public Library, dan Publishers Weekly.[2]

Rujukan

WikiPedia: Harry_Potter http://www.abc.net.au/news/newsitems/200705/s19293... http://www.arthuralevinebooks.com/awards.asp http://www.bloomsbury.com/harrypotter/ http://www.businessweek.com/innovate/content/jul20... //scholar.google.com/scholar?q=%22Harry+Potter%22 http://translate.google.com/translate?u=https://en... //www.google.com/search?&q=%22Harry+Potter%22+site... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Harry... //www.google.com/search?q=%22Harry+Potter%22&tbm=n... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Harry+Potte...