Harry_Potter_and_the_Deathly_Hallows
Harry_Potter_and_the_Deathly_Hallows

Harry_Potter_and_the_Deathly_Hallows

Harry Potter and the Deathly Hallows (harfiah: Harry Potter dengan Azimat Maut) ialah buku ketujuh dan terakhir dalam siri keseluruhan siri Harry Potter. Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2007 iaitu pada 21 Julai 2007, seminggu selepas pelancaran filem kelima, Harry Potter and the Order of the Phoenix.Siri ketujuh dan terakhir novel karya J.K. Rowling ini mencatat sejarah apabila lebih 11 juta naskhah dapat dijual dalam masa 24 jam berada di pasaran di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kali ini, buku Harry Potter dipasarkan di 93 buah negara dan jualan awal naik kira-kira 20 peratus berbanding edisi keenam.