Harry_Potter_and_the_Order_of_the_Phoenix_(filem)
Harry_Potter_and_the_Order_of_the_Phoenix_(filem)

Harry_Potter_and_the_Order_of_the_Phoenix_(filem)

Harry Potter and the Order of the Phoenix (akan ditayangkan pada 2007) ialah sebuah filem berdasarkan kepada buku kelima J.K. Rowling dalam siri Harry Potter, Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Filem tersebut akan diarahkan oleh David Yates. Michael Goldenberg pula ialah penulis skrip yang menggantikan Steve Kloves yang telah menghasilkan skrip untuk keempat-empat filem pertama.Warner Bros., pengedar filem ini telah menjadualkan yang tayangan akan bermula pada 11 Julai bagi seluruh Amerika Utara dan 13 Julai bagi United Kingdom bagi pawagam konvensional dan juga IMAX. Penayangan dipawagam konvensional Malaysia bermula pada 12 Julai, 2007 dan IMAX Malaysia bermula pada 11 Julai, 2007. Tayangan pertama di IMAX Malaysia bermula pada pukul 1100 pagi [1].Filem ini telahpun menamatkan penggambaran mereka pada hujung tahun 2006. J. K. Rowling yang menulis di laman webnya pada 19 Disember 2006 menyatkan yang dia telah diberi peluang menonton prasiaran filem tersebut dan mengatakan yang filem tersebut "kelihatan hebat".Kata tag: "The Rebellion Begin" (Pemberontakan Bermula), "You will lose everything" (Kau akan kehilangan segalanya)