Harry_Potter_and_the_Prisoner_of_Azkaban
Harry_Potter_and_the_Prisoner_of_Azkaban

Harry_Potter_and_the_Prisoner_of_Azkaban

Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (tajuk Malaysia Harry Potter dengan Banduan Azkaban tajuk Indonesia Harry Potter dan Tawanan Azkaban) adalah sebuah novel fantasi karya asal J. K. Rowling. Buku ini telah diterbitkan pada 8 Julai 1999 di United Kingdom oleh Bloomsbury dan pada 8 September 1999 di Amerika Syarikat oleh Scholastic Inc. Rowling menyiapkan buku ini,dalam masa tempoh setahun. Buku ini telah terjual sebanyak 68,000 buah dalam masa tiga hari selepas diterbitkan di United Kingdom dan seterusnya berjuta unit telah dijual di seluruh negara. Buku ini telah memenangi Anugerah Whitbread Children's Book pada tahun 1999, Anugerah Bram Stoker, Anugerah Lokus untuk Novel Fantasi Terbaik 2000 dan telah disenaraipendek dalam anugerah-anugerah lain, termasuk Anugerah Hugo.