Harry_S._Truman
Harry_S._Truman

Harry_S._Truman

Untuk tokoh-tokoh lain yang bernama Harry Truman, sila lihat Harry Truman (nyahkekaburan).
Harry S. Truman (8 Mei 188426 Disember 1972) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-33 (19451953). Sebagai Naib Presiden, beliau mewarisi jawatan presiden pada kematian Franklin D. Roosevelt.Dalam hal-ehwal dalam negeri, Truman menghadapi cabaran demi cabaran: penukaran semula ekonomi yang kacau-bilau dan yang ditandai oleh kekurangan-kekurangan yang amat teruk, mogok-mogok yang sering berlaku, serta pelulusan Akta Taft-Hartley yang tidak mengendahkan vetonya. Selepas mengalahkan semua ramalan ketika memenangi pemilihan semula jawatan presiden pada tahun 1948, Truman tidak berjaya mencapai sebarang pelulusan untuk hampir kesemua rancangan Tawaran Adil. Beliau mempergunakan perintah presiden untuk memulakan desegregasi angkatan tentera Amerika Syarikat dan melancarkan sebuah sistem pemeriksaan kesetiaan untuk memecat beribu-ribu pesimpati komunis dari perkhidmatan awam. Bagaimanapun, beliau mengalami serangan yang berterusan bagi kebanyakan tempoh kepresidenannya kerana dikatakan "terlalu lembut terhadap Komunisme." Lagi satu masalah politik dalam negeri ketika itu ialah tanggapan bahawa ahli-ahli pentadbirannya terlibat dalam rasuah: beratus-ratus orang yang dilantiknya terpaksa meletakkan jawatan, akibat skandal-skandal kewangan yang berturut-turut.Bagaimanapun, kepresidenan Truman penuh peristiwa dalam hal-ehwal luar negeri, bermula dengan kemenangan terhadap Jerman, pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki, penyerahan kalah oleh Jepun, dan keakhiran Perang Dunia II, serta penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Rancangan Marshall untuk membina semula Eropah, Dokrin Truman untuk menyekat Komunisme, permulaan Perang Dingin, penubuhan NATO, dan Perang Korea. Menekankan apa yang dianggap sebagai kegagalan-kegagalan Truman ("Korea! Komunisme! Rasuah!"), Republikan Dwight D. Eisenhower menamatkan 20 tahun pemerintahan Demokrat pada tahun 1952. Semasa dalam persaraan, Truman menulis Memoir, karyanya yang telah dipandang tinggi.Truman, yang gaya peribadinya amat berbeza dengan ningrat Roosevelt, juga merupakan seorang presiden yang bersikap sederhana dan rendah hati. Beliau mempopularkan frasa-frasa seperti "Tanggungjawab tamat di sini" dan "Jika kamu tidak dapat bertahan daripada haba, keluar dari dapur". Truman telah mengatasi banyak jangkaan rendah terhadapnya oleh pemerhati-pemerhati politik yang membandingkannya (sebagai kurang baik) dengan pendahulu-pendahulunya yang dipandang tinggi. Walaupun Truman telah dikalahkan dalam kempen pemilihanan semulanya pada tahun 1952 disebabkan kancah di Korea serta tinjauan-tinjauan pendapat yang tidak memuaskan, cendekiawan-cendekiawan pada hari ini menempatkannya sebagai salah satu daripada sepuluh Presiden yang terbaik. Kejujuran dan integritinya, keberanian politik, serta pendirian demokrasi Barat yang kukuh selepas Perang Dunia II, telah menyebabkan beliau mendapat pujian-pujian yang tinggi daripada seluruh lingkungan politik, termasuk ahli konservatif, Senator Barry Goldwater. Kemenangan legendanya yang tidak dijangka pada tahun 1948 kini biasa dipergunakan oleh calon-calon presiden yang tertindas.