Harta_intelek

Harta intelek (bahasa Inggeris: intellectual property atau IP) merupakan istilah yang merujuk kepada beberapa jenis ciptaan fikiran berlainan yang hak esklusif diakui di bawah bidang undang-undang berkait.[1] Di bawah undang-undang Harta intelektual, pemilik diberikan hak esklusif tertentu bagi pelbagai aset tidak nyata, seperti muzik, penulisan, dan karya seni; jumpaan dan ciptaan; dan perkataan, farsa, symbol dan reka bentuk. Jenis biasa hak harta intelektual termasuk hak cipta, cap dagang, paten, hak reka bentuk dagangan dan rahsia perdagangan dalam sesetengah perundangan. Harta intelek dalam bidang undang-undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan tahap inovasi, ekonomi dan menganjaknya ke sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan. Kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan pengetahuan.Sungguhpun kebanyakan prinsip perundangan mengenai harta intelektual telah berubah selama beberapa abad, ia hanyalah pada abad ke-19 istilah hak milik intelektual mula digunakan, dan tidak sehingga akhir abad ke-20 ia menjadi meluas di kebanyakan dunia.[2] Statut Anne British 1710 dan Statut Monopolies 1623 kini dianggap sebagai asal hakcipta dan undang-undang paten berikutnya.[3]
Hari Harta Intelek Sedunia disambut pada 26 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang apa itu harta intelek dan bagaimana ia menggalak bukan saja perkembangan muzik, kesenian dan hiburan tetapi juga inovasi produk dan teknologi. Di Malaysia, harta intelek yang dilindungi di bawah undang-undan adalah paten, hakcipta, cap dagangan, rekabentuk perindustrian, petunjuk geografi dan reka bentuk susun atur litar bersepadu. Varieti tumbuhan adalah komponen harta intelek dan ianya ditadbir oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Antara undang-undang yang melindungi harta intelek adalah:Mengikut laporan agensi antarabangsa Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) mengenai perkembangan paten di Asia, China, Korea Selatan dan Jepun adalah negara yang berada di tempat 10 teratas sebagai negara yang paling banyak menfailkan paten. Untuk negara seperti Malaysia, terdapat penambahan 70% jumlah paten yang difailkan pada peringkat antarabangsa iaitu dari 60 ke 103 pada tahun 2007[4].

Rujukan

WikiPedia: Harta_intelek http://resolver.scholarsportal.info.myaccess.libra... http://www.free-culture.cc/freeculture.pdf http://www.dklevine.com/archive/refs41222470000000... http://www.dklevine.com/papers/imbookfinalall.pdf http://www.globalizationandhealth.com/content/3/1/... http://www.google.com/books?id=u2aMRA-eF1gC&dq=sta... http://www.jlaw.com/Articles/copyright1.html http://www.ladas.com/Patents/USPatentHistory.html http://www.nytimes.com/2007/05/20/opinion/20helpri... http://www.philstar.com/Article.aspx?articleId=320...