Hassan_Shukri

Ustaz Hassan Shukri adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara lantikan Dewan Undangan Negeri Terengganu selama dua penggal 1999 dan 2002. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Naib Presiden PAS. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS. Beliau juga pernah memegang jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Al-Marhum Tan Sri Dato' Mohd Asri bin Haji Muda, Al-Marhum Ustaz Haji Yusuf Rawa dan Al-Marhum Dato' Fadzil Mohd Noor.Pada tahun 2009, beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Pada 14 Jun 2010 ketika berumur 71 tahun, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Unit Rawatan Jantung (CCU) , Hospital Selayang kerana serangan jantung (sakit dada) selepas pulang menyertai Muktamar PAS ke-56 di Kota Bharu, Kelantan.

Rujukan

WikiPedia: Hassan_Shukri http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.malaysiakini.com/news/134487 http://www.tabunghaji.gov.my/ http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.p... http://www.kuizm.org/ http://www.kuizm.org/index.php?option=com_content&... http://www.parti-pas.org/hubungi/452-pejabat-agung... http://www.parti-pas.org/hubungi/452-pejabat-agung... http://www.parti-pas.org/info/pimpinan/ajk-pas-pus... http://www.parti-pas.org/info/pimpinan/majlis-syur...