Hati_(bentuk)
Hati_(bentuk)

Hati_(bentuk)

Bentuk hati atau jantung (♥) sekian lama digunakan sebagai lambang teras kerohanian, emosi, akhlak, dan suatu ketika dulu juga, kecerdasan manusia. Oleh sebab jantung (cor; heart) yang terletak di tengah-tengah jasad pernah dipercayai ramai sebagai tempat simpanan minda manusia, maka di merata dunia, perkataan yang memaksudkan jantung masih digunakan untuk memaksudkan jiwa; akan tetapi, dalam bahasa Melayu, perkataan hati (jecur; liver) digunakan pula kerana kedudukan yang lebih kurang sama dengan jantung. Oleh itu, lukisan bentuk hati sering digunakan sebagai lambang cinta.

Berkaitan