Hawa_Rizwana_Ahmad_Redzuan
Hawa_Rizwana_Ahmad_Redzuan

Hawa_Rizwana_Ahmad_Redzuan

Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan (lahir 7 September 1995) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Berita TV9 (2016-2018) dan kini merupakan penyampai Buletin Utama di TV3. Namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa.[1] Bapanya ialah bekas pengacara TV terkenal, Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman.[2][3] Hawa Rizwana yang berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat[3] mula menjalani latihan sebagai penyampai berita ketika masih mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran untuk program Wanita Hari Ini (WHI).[3]Hawa Rizwana pernah mewakili Malaysia untuk persembahan tarian di Hungary sempena Festival Royal Days (Kiralyi Napok) pada 2015. Beliau juga ialah peminat tegar sukan badminton.[4]

Hawa_Rizwana_Ahmad_Redzuan

Pekerjaan Penyampai berita
Ibu bapa Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman (bapa)
Tahun aktif 2016-kini
Majikan TV9 (2016-2018)
TV3 (2019-kini)
Pendidikan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan)
Saudara Adam Riyadz Ahmad Redzuan
Amzar Rudzain Ahmad Redzuan
Kelahiran (1995-09-07) 7 September 1995 (umur 24)
Illinois, Amerika Syarikat[lower-alpha 1]
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Kediaman Kuala Lumpur, Malaysia