Hawker_Hurricane
Hawker_Hurricane

Hawker_Hurricane

Hawker Hurricane merupakan sebuah pesawat pejuang satu tempat duduk yang direka dan dibina oleh Hawker Aircraft Ltd. Pesawat Hurricane juga dikeluarkan di Kanada oleh Canada Car and Foundry Co Ltd.Rekabentuk pesawat pada tahun 1930-an dibangunkan dalam beberapa versi, yang mana menghasilkan siri-siri pesawat seperti pejuang-pemintas, pejuang-pengebom (juga dikenali sebagai "Hurribombers") dan pesawat serangan darat. Versi-versi selanjutnya seperti Sea Hurricane diubahsuai bagi membolehkan ia digunakan daripada kapal laut. Beberapa buah darinya ditukar menjadi pengiring konvoi lancaran manjanik, dikenali sebagai "Hurricats". Hurricane yang digunakan bersama-sama dengan Spitfire membolehkan kemenangan dicapai oleh Tentera Laut Diraja Britain di dalam Pertempuran Britain pada tahun 1940. Sejumlah kira-kira 14,000 buah Hurricanes telah dibina sehingga penghujung tahun 1944 (termasuk kira-kira 1,200 buah yang ditukarkan menjadi Sea Hurricanes, dan kira-kira 1,400 buah telah dibina di Kanada), dan bertempur dalam kesemua medan-medan pertempuran penting semasa Perang Dunia II.