Hebrides
Hebrides

Hebrides

Hebrides [ˈhɛbrᵻdiːz; hé-bri-diz](Bahasa Gaelik Scotland: Innse Gall) ialah suatu rantau di pesisir barat tanah besar Scotland, United Kingdom yang terdiri daripada kepulauan yang bertaburan meluas dan pelbagai. Terdapat dua gugusan pulau utama yang membentuk kepulauan ini iaitu Hebrides Dalam (Inner Hebrides) dan Hebrides Luar (Outer Hebrides). Kepulauan ini banyak menyaksikan sejarah kepada banyak kuasa yang menakluk kawasan ini (dari bangsa Celt ke bangsa-bangsa Norse dan Inggeris) sehingga banyak mempengaruhi budaya setempat di sana. Ia sendrinya merupakan tanah asal memekar budaya Gael dari tradisi muziknya kepada bahasa Gaelik Scotland yang merupakan bahasa asli di Scotland.