Heckler_&_Koch
Heckler_&_Koch

Heckler_&_Koch

Heckler & Koch atau ringkasnya HK adalah sebuah syarikat persenjataan yang tidak asing lagi daripada negara Jerman. Syarikat ini diasaskan daripada nama 2 daripada 3 orang sahabat iaitu Theodor Koch dan Edmund Hecklers manakala seorang lagi dikenali dengan nama Alex Seidel. Ketiga-tiga orang pengasas ini dahulunya merupakan jurutera di syarikat persenjataan ketika itu dikenali sebagai Mauser AG (AG – Aktiengesellschaft German). Theodor Koch dilahirkan pada 13 Mei 1905 di Stuttgart-Zuffenhausen dan meninggal dunia pada tahun 1976. Edmund Heckler 2 Februari 1906 hingga 1960 dan Alex Seidel atau nama sebenarnya Alexius Wilhelm Seidel dilahirkan pada 4 Julai 1909 dan meninggal dunia pada tahun 1989. Ketiga-tiga jurutera tersebut telah menubuhkan syarikat kejuruteraan senjata untuk pengeluaran senjata anti-pertempuran udara yang bertempat di sebuah gudang milik jabatan bomba di daerah Oberndorf, Jerman Barat dan dikenali dengan nama Heckler & Koch GmbH dengan jumlah pekerja seramai 140 orang.

Heckler_&_Koch

Industri Industri Persenjataan, Pertahanan
Bilangan pekerja 700 (Disember 2002)
Perancang utama Edmund Heckler, Theodor Koch, Alex Seidell
Ibu pejabat Oberndorf am Neckar, Jerman
Laman sesawang www.heckler-koch.de
Keluaran Senjata Api
Ditubuhkan 1949
Jenis Syarikat Persenjataan