Pengenalan Heckler_&_Koch

Edmund Heckler
1906 - 1960.Theodor Koch
1905 - 1976.Alexius Wilhelm Seidel
1909 - 1989.

Syarikat Heckler & Koch ini mengeluarkan produknya berteraskan pengeluaran senjata api rekaan syarikat ini untuk dibekalkan kepada pasukan keselamatan negaranya iaitu Jerman dan beberapa negara-negara lain. Pada tahun 1956, pihak HK telah mengeluarkan satu produk terbaru untuk dibekalkan kepada pasukan infantri Jerman dikenali sebagai senjata raifal HK G3, merupakan produk yang pertama yang berjaya dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Ia merupakan satu produk yang dimiliki oleh Tentera Darat Jerman atau didalam Bahasa Jerman dikenali sebagai Bundeswehr dan juga semua angkatan bersenjata diseluruh dunia. Raifal yang berkaliber 7.62 x 51 mm NATO pada mulanya adalah rekaan asal syarikat Mauser dan CETME dari Sepanyol dan direkasemula oleh HK. Seterusnya pada tahun 1966, HK mengeluarkan satu lagi produknya dikenali sebagai Machinenpistole 5 (Machine Pistol 5) atau MP5 yang popular kini digunakan oleh semua organisasi keselamatan termasuk pasukan elit dan penggunaan masih berterusan hingga sekarang. Senjata ini dipertingkatkan trend penggunaannya melalui pengubahsuaian beberapa komponen senjata bagi menjadikan sistem ini sebagai sistem persenjataan yang terbaik masa kini.

Kini, Heckler & Koch telah berjaya mencipta beberapa lagi produk berasaskan senjata api yang amat berkualiti. Malahan beberapa cawangannya telah dibuka di seluruh negara.